Bahaya Penyakit Hepatitis A, B dan C
Ada penyakit yang sama
bahaya jangkitannya seperti AIDS, namun ramai yang tidak mengetahuinya.
Tahukah anda virus Hepatitis B 100 kali lebih mudah dijangkiti
berbanding dengan virus HIV (AIDS)
Hepatitis adalah penyakit yang
disebabkan oleh beberapa jenis virus yang boleh menyerang dan merosakkan
sel-sel hati manusia. Ia dikategorikan kepada jenis A, B dan C.
Hepatitis A
Hepatitis
A adalah penyakit hepatitis /yang tidak menimbulkan kesan penyakit yang
besar. Hepatitis A merebak melalui makanan dan minuman yang dicemari.
Virus ini merebak melalui najis individu yang menghadapi penyakit ini.
Sebagai contoh, ikan atau kerang daripada kawasan air yang dicemari oleh
najis manusia yang dijangkiti. Ia juga boleh dijangkiti melalui
hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.
Tanda-tanda jangkitan
boleh dilihat selepas dua ke tiga minggu. Pada minggu pertama, individu
yang dijangkiti akan mengalami sakit seperti kuning, keletihan, demam,
hilang selera makan, muntah-muntah, pening dan kencing yang berwarna
hitam pekat.
Penyakit Hepatitis A mempunyai vaksin yang boleh diambil
terutamanya kepada mereka yang keluar negara. Menjaga kebersihan diri
adalah penting. Cuci tangan dengan sabun, jika boleh guna sabun anti
kuman selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan dan
sebelum makan.
Hepatitis B pula adalah penyakit dalam kumpulan ini
yang paling serius dan amat perlu diambil perhatian. Kesedaran tentang
bahaya Hepatitis B ini masih kurang di kalangan orang ramai. Cara
jangkitannya yang begitu mudah, malah lebih mudah daripada dijangkiti
AIDS. Virus ini boleh dijumpai dalam semua bahagian cecair tubuh manusia
yang menghadapi Hepatitis B secara teruk dan serius. Virus ini dijumpai
di dalam darah, air mani, cecair faraj, cecair sendi, air susu, air
kencing, air mata dan pelbagai. Penyakit ini adalah biasanya di Asia
adalah daripada kes-kes ibu menjangkitkan ia kepada anak sewaktu
bersalin.
Penyakit boleh dijangkiti melalui pemindahan darah atau
sebarang hasil darah melalui luka di kulit atau melalui tindik, membuat
tatoo, acupunture, kecederaan jarum dan berkongsi berus gigi.
Penagih
dadah yang berkongsi jarum turut menghadapi risiko yang sama. Begitu
juga penggunaan alatan perubatan dan pergigian yang tidak di nyah kuman
dan dicuci bersih.
Jangkitan paling ketara adalah melalui hubungan
seksual dan hubungan rapat melalui pembawa penyakit ini. Individu yang
menghadapi penyakit ini secara serius dan teruk adalah turut menjadi
pembawa.
Hepatitis B
Daripada 90 peratus bagi mereka yang
dijangkiti terdapat 5 ke 10 peratus orang dewasa yang tidak dapat
menyediakan antibodi yang mencukupi untuk membasmi jangkitan dan akan
dijangkiti secara teruk untuk jangka masa panjang. Mereka ini adalah
pembawa penyakit Hepatitis B yang kronik.
Tanda-tanda jangkitan
Hepatitis B yang teruk adalah sama seperti jangkitan virus Hepatitis C.
Ini termasuk demam, sakit perut dan kuning. Kebanyakan yang dijangkiti
secara teruk tidak mempunyai tanda-tanda yang jelas dan mereka boleh
menjangkit ia kepada orang lain.
Mereka yang dijangkiti secara teruk
mempunyai risiko tinggi mengalami penyakit dan kanser hati yang boleh
menyebabkan kematian. Risiko ini meningkat 200 ke 300 kali ganda
berbanding yang bukan pembawa. Turut didapati wanita pembawa Hepatitis
B, mudah menjangkitkan ia kepada bayi yang dilahirkannya dan bayi
tersebut pula menjadi pembawa dan menyebarkan kepada orang lain. Harus
diingat, virus ini telah didapati hampir di semua bahagian berair dan
cecair tubuh manusia.
Adalah dijangka 3 ke 5 peratus darah di derma
di Semenanjung Malaysia diperiksa mempunyai virus HBU iaitu virus yang
menyebabkan Hepatitis B. Ini bermaksud, sekitar 468,000 ke 780,000
daripada jumlah penduduk, Sekitar 15.6 juta, sudah menjadi pembawa yang
boleh menjangkitkan ia kepada orang lain dan mereka ini mempunyai risiko
yang tinggi menghadapi penyakit hati dan kanser hati.
Pada masa ini,
tiada cara perubatan khusus untuk Hepatitis B. Belum ada ubat yang
mampu mengubati penyakit ini sepenuhnya. Kajian masih terus dijalankan
untuk mencari cara rawatan dan ubat yang berkesan melawan Hepatitis B.
Hepatitis
B boleh dicegah. Kini terdapat vaksin Hepatitis B yang diberikan secara
suntikan. Bagi orang dewasa dan kanak-kanak berumur 10 tahun ke atas,
vaksin ini diambil 3 kali di jarak selama sebulan. Bagi kanak-kanak yang
berumur di bawah 10 tahun cukup 2 dos yang dijarakkan selama 2 bulan.
Dos booster juga perlu diberikan selepas 12 bulan. Daripada data-data
yang diterima, penerima suntikan yang lengkap boleh mempunyai imuniti
lebih enam tahun. Satu dos tambahan perlu diambil selepas jangka itu
untuk meningkatkan semula pertahanan badan.
Hepatitis C
Hepatitis
C jarang didengari merupakan penyakit bawaan darah. 85 peratus mereka
yang terdedah dengan virus ini akan menghidapi penyakit. Satu daripada 5
antara mereka yang menghidapi Hepatitis C akan mengalami parutan dan
pengerasan hati secara berperingkat. Risikonya mengalami barah hati
meningkat sebanyak 5 peratus selepas 20 tahun dan 4 peratus setahun bila
hati mengalami parut.
Penyakit ini merebak melalui pendedahan kepada
darah mereka yang menghidapi penyakit Hepatitis C. Malah darah yang
telah kering masih mempunyai virus yang boleh menjangkiti.
Antara
cara jangkitan adalah dengan menyentuh darah yang telah dijangkiti.
Malah perkongsian alatan suntikan ubat dan darah boleh menjadi punca
jangkitan. Kebersihan alatan tatoo dan tindik juga perlu dipastikan dan
mereka yang menerima darah atau produk darah sebelum 1994 perlu
menjalani pemeriksaan.
Bahaya jangkitan juga datang melalui berkongsi
berus gigi, pisau cukur dan alat pemotong kuku dengan mereka yang
diketahui mengidap hepatitis C. Walau pun risikonya rendah, namun kesan
darah mungkin terdapat pada alatan yang dikongsi. Berkongsi tuala juga
boleh mendatangkan risiko. Jangkitan melalui hubungan seks adalah rendah
dan masih samar-samar lagi kewujudannya. Namun ada kajian tentang
bahan-bahan virus hepatitis ini dijumpai di dalam cecair vagina atau air
mani.
Belum ada vaksin lagi untuk mencegah hepatitis C. Penjagaan
kebersihan adalah penting bagi menghindari mana-mana jenis hepatitis.
Elakkan berkongsi alatan mandi seperti berus gigi, pencukur dan tuala
dengan mana-mana individu. Jangan berkongsi jarum atau alatan perubatan
dan pastikan alatan perubatan dan pergigian telah dibersihkan terlebih
dahulu.
Elakkan amalan seks bebas. Jangan bertukar-tukar pasangan.
Pemakaian kondom masih tidak dapat mengelakkan jangkitan kerana virus
ini telah didapati dalam air liur dan cecair badan yang lain.
Dapatkan
suntikan vaksin terutamanya hepatitis B. Bersihkan tangan selepas ke
tandas dan sebelum makan. Jalani pemeriksaan kesihatan dan darah
sekurang-kurangnya setahun sekali dan sebaiknya 6 bulan sekali.
Hepatitis
A, B dan C mudah untuk dielakkan. Sebarkan maklumat bahan bahaya
penyakit ini kepada yang lain kerana ia semakin menjadi wabak. Dapatkan
vaksin dan perbaharuinya setiap 6 tahun bagi vaksin hepatitis B.
yo,benar tu.....
BalasHapussiep
BalasHapusapa hepatitis bisa diobati ?
BalasHapusoh pasti dong ..
BalasHapus(Y)
BalasHapuspostingnya sangat memuaskan,.,.,.,.,.,
BalasHapusbagus artikelnya
BalasHapusohwwwwwwwwwwwww,,,.
BalasHapus